Saturday 27 September 2014

Cara Bercakap Rasulullah

Salam, Hari ni kita nak bercerita tetang bercakap. Semua orang suka bercakap. Apa2 pun yang kita buat mesti ada komunikasi antara satu sama lain. Tetapi ada juga yang suka bercakap benda yang tidak penting. Kadang2 ada yang suka bercakap sampai orang lain pun rasa malas nak dengar dan teganggu. Siap berkata dalam hati macam manalah nak lari dari dia ni.Ada juga yang boleh menyebabkan orang lain tersinggung. Jadi disini shie nak kongsi bagaimana cara Rasulullah kita bercakap. Jadi bolehlah kita ambil ini sebagai amalan kita dalam percakapan. 


1. Rasulullah saw akan bercakap dengan jelas, lancar dan padat, supa pendengar

dapat
 memahami dan mengingati sabdanya dengan baik.

Riwayat dari Aisyah ra:

"Rasulullah bercakap dengan jelas supaya dengan demikian sahabat-sahabat dapat menghafalnya dengan mudah "

Riwayat dari Anas ra:
"Rasulullah saw kadangkala mengulangi ( mengikut keperluan) sabda-sabdanya sebanyak tiga kali supaya para sahabat dapat mengikutinya dengan pengertian."

Di sini kita dapat melihat, Nabi Muhammad saw. tidak akan bercakap dengan cepat dan akan bertutur dengan lancar. Ye la kan, jika cakap laju, tetapi orang lain tidak faham, akan menimbulakan masalah kepada kita. Untuk menerangkan sesuatu yang rumit Nabi saw akan mengulangi sebanyak tiga kali, Pengulangan ini merupakan batasannya. Jika tidak, baginda akan menyebut sekali.


2. Nabi saw. tidak akan bercakap kecuali apabila perlu.

dalam satu riwayat yang panjang, salah satu sifat Nabi saw ialah sentiasa tenggelam dalam dalam keresahan memikirkan tentang Allah dan sifat-sifatnya. baginda jarang bercakap kecuali benar-benar perlu.

dalam Hadis ke-15 dalam hadis 40 Imam Nawawi, ada menerangkan tentang memelihara perkataan

" ..maka hendaklah ia berkata yang baik atau hendaklah ia diam.."


3. Bercakap dengan sopan dan tidak biadap untuk mengelakkan orang lain tersinggung.

kita seharusnya mencontohi Nabi dalam hal ini, Nabi Muhammad saw tidak pernah biadab apabila bercakap walaupun ketika memberi nasihat. Baginda tidak akan menyebut nama sesiapa pun ketika ingin memberi teguran dalam majlis. ini adalah untuk mengelak orang itu dicela oleh orang lain. Nabi saw lebih suka menegur secara umum. 

Di samping itu, Nabi saw. hanya akan menghukum sesiapa yang bercakap atau melakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama, namun hukuman ituhanya dilaksananakan selepas bukti-bukti KUKUH diperolehi.

No comments:

Post a Comment